Partime Job

Monday 19 March 2012

Wanita rempuh kedai ‘Lucky Mart’


GEORGETOWN - Mungkin kerana terlalu panik, seorang wanita yang sedang mengundurkan keretanya tiba-tiba tidak dapat mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah kedai serbaneka di Jalan Macalister.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.05 pagi itu, wanita yang dipercayai pekerja kedai berkenaan cuba memakir keretanya di hadapan pintu masuk kedai itu namun terkejut apabila ada pejalan kaki yang sedang melintas di belakang keretanya.

Difahamkan, wanita yang berusia 50-an itu pada mulanya berhenti bagi memberi laluan kepada pejalan kaki itu namun dia secara tiba-tiba tertekan pedal minyak sehingga menyebabkan keretanya terus mengundur dan merempuh cermin depan kedai berkenaan.

Ketika ditemui media di tempat kejadian, wanita itu enggan ditemubual dan kelihatan masih trauma dengan kejadian itu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati wanita berkenaan hanya mengalami cedera ringan manakala cermin kaca di hadapan kedai berkenaan rosak teruk. Kereta itu yang dimiliki suami wanita itu juga mengalami kerosakan di bahagian belakang dan pintu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

sumber : sinarharian

No comments: