TEMERLOH 14 Mac — Orang ramai khususnya penduduk Pahang tidak harus terpedaya dengan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri sudah muflis serta tidak mampu lagi membantu rakyat dan melaksanakan projek pembangunan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Beliau berkata, tohmahan kononnya kerajaan negeri terpaksa meminjam dan menanggung bebanan hutang akibat boros berbelanja adalah tidak benar sama sekali.
"Kita mempunyai pelbagai punca kewangan daripada pelbagai sumber termasuk cukai yang dibayar oleh pelabur, peniaga, cukai tanah dan lain-lain.
"Daripada pelbagai hasil itulah membolehkan kerajaan berbelanja dan membantu rakyat serta melaksanakan projek pembangunan, dan ini membuktikan tuduhan pembangkang kononnya kerajaan bankrap merupakan fitnah dan pembohongan semata-mata," katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 4,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Semantan di sini.
sumber : utusan

No comments:
Post a Comment