TEMERLOH 14 Mac - Para peneroka yang ingin menjual tanah mereka kepada pihak lain diminta memikirkannya semula kerana kelulusan itu hanya diputuskan oleh Menteri Besar sahaja.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, walaupun mereka mempunyai geran hakmilik dan mahu menjualnya kepada pihak lain, keputusan itu hanya tertakluk mengikut undang-undang ditetapkan.
Tegasnya, mereka tidak boleh berbuat demikian kerana perkara itu terletak di bawah Akta Kawasan Tanah Berkelompok (GSA 1960).
"Mereka yang mahu menjualnya perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri yang menurunkan kuasa kepada Menteri Besar sama ada diluluskan atau tidak," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada Isnin lalu dengan menyatakan terdapat 90 peneroka di kawasan itu menjual tanah ladang mereka kepada individu tertentu di negeri ini.
sumber : utusan

No comments:
Post a Comment