Partime Job

Thursday, 15 March 2012

Usah buat hal

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memberi amaran keras kepada artis supaya berkelakuan baik dan meminta mereka tidak disabitkan penyebaran gambar dan video lucah sehingga boleh mencemarkan industri seni tanah air.

Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, jika ada di antara selebriti melakukannya, mereka akan dilucutkan keahlian dan isu itu akan dipanjangkan kepada menteri serta surat pengharaman pembabitan ke dunia seni dihantar ke stesen televisyen.


Itu tindakan diambil Seniman selepas melihat isu memalukan baru-baru ini, iaitu kontroversi penyebaran video dan gambar lucah didakwa membabitkan pelakon muda, Melia Aimiellia, 19, oleh laman hiburan terkenal, Rotikaya.com yang dilaporkan Harian Metro Isnin lalu.

Zed berkata, dia berjumpa pengendali Rotikaya.com kelmarin untuk berbincang masalah terbabit dan akan menghubungi pelakon Karipap-Karipap Cinta itu untuk menyelesaikan semua masalah berlaku.


“Kami (Seniman) akan memanggil kedua-dua pihak untuk tidak memanjangkan kontroversi. Itu bukan masalah besar kerana Seniman mempunyai mekanisma menyelesaikannya.


“Seniman akan bertindak sebagai orang tengah untuk mengambil keterangan dan fakta yang tepat. Melalui pemahaman saya, penyebaran gambar dan video lucah itu belum dibuktikan sama ada Melia atau sebaliknya dan Rotikaya.com hanya mengajukan soalan sama ada ia pelanduk dua serupa,” katanya.

Menurutnya, sebagai pelakon muda, Melia sepatutnya merujuk persatuan terlebih dulu bukannya mengambil tindakan sesuka hati yang boleh mengaibkan diri dan keluarga sendiri.


“Setahu saya, hanya gambar yang boleh dibuat ‘superimpose’ dan video tidak. Apa dikesalkan, kontroversi itu menambahkan lagi keburukan artis,” katanya.

Sementara itu, Melia ketika dihubungi berkata, berikutan laporan di akhbar Isnin lalu, dia kini dipandang negatif masyarakat, keluarga porak peranda dan ‘periuk nasinya’ seakan-akan tertutup.


“Selepas tersiar laporan akhbar, pihak produksi bimbang mengambil saya berlakon lagi dan itu sangat menyedihkan. Buat masa ini saya hanya mahu membersihkan nama saya,” katanya.

sumber : mymetro

No comments: