Partime Job

Tuesday 6 March 2012

‘Usah beku hanya kerana satu dua kes’

KUALA LUMPUR: Sebarang kes jenayah membabitkan penderaan dilakukan majikan terhadap pembantu rumah warga Indonesia perlu diselesaikan secara bijaksana termasuk menyerahkan kes dilaporkan itu kepada pihak berkuasa.

Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Jeffrey Foo, berkata tidak adil bagi negara jiran mengambil keputusan membekukan pengambilan pembantu rumah warga asing dengan mengambil kira hanya satu atau dua kes penderaan dilaporkan.


“Jika nak bekukan pengambilan pembantu rumah ke negara ini dengan mengambil kira satu atau dua kes penderaan dilaporkan adalah tidak adil, sedangkan jumlah pembantu rumah warga Indonesia yang berkhidmat di negara ini melebihi 200,000 orang.

“Ini adalah kes jenayah dan perlu dirujuk kepada polis dan jika tindakan pembekuan dilakukan ia hanya akan merugikan golongan majikan di negara ini yang bergantung sepenuhnya kepada khidmat pembantu rumah warga asing,” katanya.


Beliau diminta mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai kenyataan Kaunselor Menteri Penerangan, Sosial dan Hubungan Budaya Kedutaan Indonesia di sini, Suryana Sastradiredja, menasihatkan dilakukan pembekuan pembantu rumah berikutan terdapat laporan dua pembantu rumah Indonesia didera seorang pegawai kanan kerajaan dan isterinya.


Beliau berkata, dalam menyelesaikan sebarang masalah dihadapi, pemimpin kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia perlu duduk semeja dan bukannya mendedahkan sebarang keburukan hingga menjejaskan hubungan yang sedia terjalin.

“Sebab itu, saya bersetuju dengan pendapat Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam supaya sebarang isu berkaitan seharusnya dibincangkan kepada peringkat Jawatankuasa Kerja Bersama sebelum sebarang kenyataan kepada media dikeluarkan.


“Setidak-tidaknya, satu sistem pengurusan pembantu rumah warga asing yang lebih sistematik perlu diwujudkan untuk memastikan golongan berkenaan tidak dimanipulasi, selain memudahkan pemantauan dilakukan pihak berkuasa kedua-dua negara,” katanya,” katanya.

Sumber : MyMetro

No comments: