Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 28 March 2012

Tiada wang jemput anak pulang

PERAI: “Saya susah hati kerana tiada wang untuk mengambil dua anak yang kini berada di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Cheras,” rintih Siti Zabedah Hashim, 43, ibu kepada dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak empat minggu lalu.

Menurut ibu tunggal itu, dia diberitahu dua anak perempuannya itu kini berada di Cheras di bawah jagaan JKM dan akan tinggal di sana selama sebulan.


“Saya bingung kerana tiada wang untuk mengambil mereka, tidak mampu membayar tambang ke sana,” katanya ketika dihubungi semalam. Sebelum ini, Nurul Wahida Hidayah Abdullah,13, dan Mas Isnani Syawal, 11, dilaporkan hilang dipercayai mengikut seorang remaja lelaki Myanmar.

Bagaimanapun, dua anaknya itu ditemui orang ramai di Melaka sebelum diserahkan kepada polis dan dirujuk JKM.


Pada 15 Mac lalu, akhbar ini melaporkan Siti Zabedah mendakwa dua anaknya itu hilang dipercayai mengikut seorang remaja Myanmar berusia 19 tahun. Dia bimbang kerana remaja Myanmar itu dikatakan memaksa mereka mengemis dan menyerahkan wang yang diperoleh kepadanya untuk bermain permainan video.


Selain itu, Siti Zabedah turut mendakwa lelaki berkenaan mengajar anaknya itu menghisap gam.

Dua anaknya itu sudah tidak bersekolah kerana kesempitan hidup ditambah dengan keadaannya yang sakit buah pinggang.

sumber : mymetro

No comments: