Partime Job

Wednesday 28 March 2012

Harga RON95 kekal

PUTRAJAYA: Kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.90 seliter dan tidak bercadang menaikkannya, walaupun berdepan dengan kenaikan harga minyak mentah global yang memaksa sesetengah negara lain menaikkan harga bahan api berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengekalan harga itu mengakibatkan subsidi ditanggung kerajaan semakin bertambah, malah kini sehingga 93 sen seliter.


Namun katanya, langkah kerajaan mengekalkan harga minyak itu dapat mengelakkan peningkatan harga pada barangan lain yang tiada kaitan dengan produk petroleum.

“Kerajaan merasakan waktu ini kos sara hidup meningkat. Kalau tak kekal akan meningkatkan lagi harga barangan lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di kementeriannya di sini, semalam.


Turut hadir Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe.


Lonjakan harga minyak dunia menyebabkan negara seperti China menaikkan harga runcit petrol dan diesel

Negara jiran, Indonesia juga merancang menaikkan harga minyak daripada 4,500 rupiah (RM1.51) kepada 6,000 rupiah (RM2.01) seliter bermula 1 April depan.


Ismail Sabri berkata, negara lain menaikkan harga produk berkenaan kerana tidak sanggup lagi menanggung subsidi.

sumber : mymetro

No comments: