Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 28 March 2012

Saiful Apek positif ganja

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini, semalam, diberitahu bahawa ujian pengesahan dadah yang dilakukan terhadap pelakon dan pelawak, Saiful Apek atau Mohamad Saifulazam Mohamed Yusof menunjukkan dia positif dadah jenis ganja.

Juru Teknologi Makmal Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (TAR), Israfel Ismon, 54, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya menjalankan ujian Thin layer Chromatography (TLC) bagi mengesan dadah dalam contoh air kencing tertuduh serta tiga tertuduh yang lain.


Israfel berkata, selepas mendapat arahan daripada pegawai perubatan, dia mengambil sampel air kencing yang sudah disimpan di dalam peti sejuk untuk menjalankan ujian TLC dan hasil ujian disahkan oleh pegawai perubatan, Rozita Abdullah.

sumber : mymetro

No comments: