KUANTAN: “Jangan cepat sangat buat spekulasi itu dan ini dengan mengatakan harga barang akan meningkat apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam.
“Sejak kerajaan mengumumkan hal itu (kenaikan gaji) saya tidak menerima sebarang laporan kenaikan harga barang. Spekulasi seperti ini boleh merosakkan kita,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Kedai Buku KOOP UMP dan penubuhan Gerakan Pengguna Siswa UMP di Universiti Malaysia Pahang, di sini, semalam.
Hadir sama, Nain Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Pahang, Zahari Abdul Aziz.
Menurutnya, tiada kaitan secara langsung antara kenaikan gaji itu dengan harga barang, jadi beliau tidak melihat di mana kewajarannya peningkatan harga barang.
sumber : mymetro

No comments:
Post a Comment