Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 28 March 2012

Test Drive Kia, rebut tiket Euro 2012

KUALA LUMPUR -- "Test Drive Kia On Tour" Naza Kia Malaysia kini kembali dan kali ini para peserta berpeluang memenangi lawatan ke Ukraine pada Jun untuk menonton perlawanan Euro 2012.

"Tahun lepas, pengunjung Test Drive Kia On Tour berpeluang memenangi Forte 1.6EX.

"Tahun ini, pelawat boleh memenangi tiket bagi perlawanan Kumpulan B antara Jerman dan Belanda pada EURO 2012," kata Datuk Hafiz Syed Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Kia Motors merupakan penaja rasmi Euro 2012 di Poland dan Ukraine.

Test Drive Kia On Tour 2012 bermula 28 Mac hingga 1 April di One Utama Shopping Mall dan bakal berlangsung mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, diikuti KSL City Mall di Johor Baharu mulai 13 April hingga 15 April, The Curve in Petaling Jaya mulai 18 Mei hingga 20 Mei serta Queensbay Mall di Pulau Pinang mulai 24 Mei hingga 27 Mei.

Bagi menyertainya, para peserta hanya perlu menguji pandu atau membuat tempahan Kia di acara Test Drive Kia On Tour 2012 itu.

Pemenang di setiap venue akan diumumkan pada hari terakhir setiap pameran bergerak itu pada pukul 9 malam.

Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah misteri jika mereka mengambil bahagian dalam uji pandu atau menyertai anggota Kia Malaysia di Facebook di venue berkenaan. - Bernama

No comments: