Partime Job

Wednesday 28 March 2012

Makmal sekolah dinaiki air, terpaksa belajar dalam banjir


PELABUHAN KLANG -- Beberapa pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah di sini terpaksa belajar dalam banjir apabila makmal sekolah itu dinaiki air akibat banjir kilat kira-kira pukul 9.00 pagi tadi.

Pengetua sekolah berkenaan Rahmah Arsad berkata banjir kilat itu berpunca dari hujan lebat yang turun tanpa henti kira-kira sejam serta dipercayai akibat masalah longkang tersumbat ekoran dipenuhi sampah sarap.

Beliau berkata kejadian banjir itu bukan yang pertama dan sering berlaku setiap kali hujan turun dengan lebat dan berpanjangan.

"Saya masih ingat ketika memulakan tugas pada November lepas, saya juga 'disambut' dengan kejadian banjir kilat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rahmah berkata perbincangan juga sering diadakan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari semasa ke semasa namun masalah sama tetap berulang.

Beliau berkata setiap kali banjir, sekolah terpaksa menanggung kerugian beribu ringgit bagi menggantikan peralatan kelas seperti kerusi dan meja yang rosak kerana ditenggelami air. -- Bernama

sumber : sianrharian

No comments: