Partime Job

Monday 19 March 2012

Terima wang khairat kematian suami


KLUANG - Balu Allahyarham Ishak Ismail, 48, yang pernah memegang jawatan Pengerusi Biro Kebajikan Felda Bukit Tongkat, di sini, menerima wang khairat kematian dan sumbangan daripada pihak Felda bernilai 10,000 yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kahang, R Vidyananthan, baru-baru ini.

Sallina Saim, 46, berkata, arwah suaminya meninggal dunia pada Oktober tahun lepas akibat terjatuh dan mengalami pendarahan di kepala.

Menurutnya, kesan pendarahan yang dialami, suaminya koma selama dua hari sebelum meninggal dunia dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit berbahaya sebelum ini.

Sallina berkata, dia ingin mengucapkan terima kasih di atas pemberian sumbangan berkenaan kepadanya sekeluarga.

“Wang yang diperoleh ini akan digunakan untuk keperluan anak yang masih belajar di kolej dan perbelanjaan sekeluarga. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Gabungan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Segamat yang turut menghulurkan sumbangan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama pada majlis penyerahan bantuan berkenaan, Timbalan Pengerusi Gabungan JKKR Felda Wilayah Segamat, Md Edros Kandar yang turut menyampaikan sumbangan bernilai RM1,000 kepada keluarga Sallina.

Sementara itu, Pengurus Rancangan Felda Bukit Tongkat, Zainal Johari berkata, sumbangan wang khairat tersebut diberikan kepada keluarga arwah kerana banyak jasanya kepada Felda.

Menurutnya, arwah Ishak juga bekerja dengan Gabungan JKKR Felda Wilayah Segamat, jadi mereka
turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga arwah .

sumber : sinarharian

No comments: