Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Superman’ kena khidmat masyarakat

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pelajar menunggang motosikal ala superman membawa padah apabila Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhkan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat selama 200 jam ke atasnya.

Pelajar berkenaan berdepan hukuman itu selepas didapati bersalah menunggang kenderaan dengan cara melulu dan merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Kesalahan menunggang motosikal secara merbahaya itu dilakukan pada 17 Mac lalu jam 3.40 pagi di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, dengan menggunakan motosikal jenis Honda EX5.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 42 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Majistret, Suzarika Sahak menjatuhkan hukuman perintah khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh 24 bulan atas kesalahan tersebut selepas tertuduh membuat rayuan dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mahkamah Trafik, Inspektor M Rajan.

sumber : sinarharian

No comments: