Partime Job

Wednesday, 14 March 2012

SPR tetapkan kiraan undi serentak

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan semua pengiraan undi akan dilakukan serentak bagi mengelakkan maklumat jumlah undi dikira terlalu awal bocor dan mempengaruhi pengundi kawasan lain seperti berlaku di Sarawak tahun lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, langkah itu akan dilaksanakan di seluruh negara bermula pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.


“SPR menetapkan pengiraan di pusat mengundi yang ditutup awal hanya boleh dilakukan mulai jam 4 petang bagi mengelak keputusannya mempengaruhi pengundi di kawasan lain.

“Berbanding sebelum ini, pengiraan undi lebih awal akan dilakukan di kebanyakannya pedalaman Sabah dan Sarawak sebaik proses pengundian selesai,” katanya ketika sidang media selepas menyampaikan taklimat kepada pengurus dan penolong pegawai pengurus SPR, di sini, semalam.


Hadir sama, Pengarah SPR Sabah, Datuk Mohd Idrus Ismail dan Ahli SPR, Datuk Jamdin Buyong.


Abdul Aziz berkata, langkah bertujuan mengelak parti politik bertanding mengambil kesempatan dan menyebarkan maklumat belum disahkan menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan.

“Dulu kita kira awal kerana tiada cabaran komunikasi canggih seperti sekarang dan mengandaikan parti politik bertanding bersikap lebih bertanggungjawab, jadi kita kira undi di pusat pengundian sebaik prosesnya selesai.


“Seperti pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, ada individu menyebarkan maklumat lebih awal dan ia belum disahkan SPR,” katanya.

Abd Aziz berkata, kecanggihan komunikasi membolehkan perkembangan terkini disalur lebih pantas menjadi antara cabaran utama SPR terutama timbul pertembungan menentukan sama ada sesuatu maklumat itu betul atau sebaliknya

sumber : mymetro

No comments: