Partime Job

Wednesday, 14 March 2012

Budak maut dirempuh depan rumah

KUALA LANGAT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ‘kempunan’ untuk menjamah ais krim selepas maut akibat dilanggar kereta di hadapan rumah mangsa di Taman Seri Jenjarom, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa, Wafiyuddin Rosdi, maut selepas dilanggar kereta ketika mengejar abangnya yang membeli ais krim berhampiran rumah mangsa.


Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dan abangnya mendengar bunyi loceng penjual ais krim sebelum abang mangsa membuka pintu pagar rumah memanggil penjual ais krim yang berhenti di seberang jalan.

Namun, abangnya tidak menyangka mangsa mengikutinya dari belakang dengan melintas jalan. “Mangsa dan abangnya tidak menyedari kehadiran kereta Perodua Myvi melalui kawasan itu. “Pemandu kereta itu yang dalam perjalanan menuju ke pekan Jenjarom tidak sempat menghentikan kenderaannya dan merempuh mangsa,” kata sumber itu.


Menurutnya, orang ramai menyaksikan kejadian menghantar mangsa ke Hospital Banting namun mangsa disahkan meninggal dunia jam 10.15 malam kelmarin akibat kecederaan parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada bapa mangsa, Rosdi Sardi, 40-an, semalam.

sumber : mymetro

No comments: