Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Scarlett terima petua diet


Aktres cantik Scarlett Johansson bertuah kerana diberi petua untuk berdiet oleh pasangannya dalam filem Avengers, Jeremy Renner.

Jeremy mengajar aktres itu untuk bersedia dari segi fizikal sebelum mengamalkan cara berdiet yang betul dan seimbang.

“Dia (Jeremy) mengajar saya untuk tidak mengambil sejumlah besar makanan sebelum memulakan diet yang betul.

“Dia menyarankan agar makan enam kali hidangan kecil sehari. Saya tidak tahu daripada mana dia belajar mengenai hal itu namun apa yang saya boleh katakan, ia berhasil,” katanya yang perlu menguruskan badan untuk filem Avengers.

sumber : sinarharian

No comments: