Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Saran perkenal Akta Kredit Pengguna

Kementerian Perdagangan Da­lam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran memperkenalkan Akta Kredit Pengguna merangkumi peraturan berkaitan kredit pengguna.

Aktivis Hak Asasi Manusia Sabah, Datuk Patrick Sindu berkata, rang undang-udang itu juga mesti mengawal kesemua iklan kredit pengguna.

“Orang ramai mudah tertarik dengan iklan seperti itu dan saya rasa kerajaan perlu mengkaji perkara ini secara serius,” katanya di Kota Kinabalu, Sabah. Sehubungan itu, beliau menasihati golongan muda supaya berjimat dan tidak berbelanja lebih daripada pendapatan masing-masing bagi memastikan kewangan stabil pada masa depan.

“Golongan muda tidak sahaja memiliki kad kredit, malah sesetengah daripada mereka turut memohon pinjaman peribadi. Di Malaysia, kira-kira 80,000 orang diisytiharkan muflis kerana tidak melangsaikan hutang kad kredit dan pinjaman masing-masing,” katanya.

Katanya, golongan belia merasakan mereka mempunyai kuasa membeli dan membeli barangan mahal seperti telefon bimbit dan barangan berjenama. Tetapi, akhirnya, tidak berupaya menguruskan kewangan masing-masing dan menjadi muflis.

sumber : sinarharian

No comments: