Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Saran Ikram periksa jalan mendap

SUBANG JAYA: Kerja baik pulih Jalan 9/1a, Bandar Puteri 9, Puchong dekat sini yang mendap serta terbahagi dua akibat kejadian tanah runtuh pada 7 Mac lalu dijangka siap dalam tempoh dua bulan, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Asmawi Kasbi.

Menurutnya, MPSJ sudah mengadakan perbincangan dengan pemaju kawasan perumahan di situ minggu lalu iaitu IOI Corporation Berhad bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah itu memandangkan insiden terbabit bukan kali pertama berlaku.


Malah, kata beliau, penduduk di enam banglo yang paling hampir dengan lokasi mendapan dan runtuhan sudah dipindahkan ke hotel milik pemaju di Putrajaya selang dua hari selepas kejadian bagi memastikan kelancaran kerja pembaikan jalan berkenaan.

“Disebabkan Jalan 9/1a adalah satu-satunya jalan masuk ke kawasan perumahan berkenaan dengan membabitkan lebih 50 unit rumah termasuk enam banglo yang terjejas teruk akibat kejadian tanah runtuh, pembaikan perlu dibuat secara teliti.


“Antara kaedah yang dikenal pasti berupaya memulihkan kerosakan terbabit adalah mengorek semula jalan berkenaan untuk diturap baru selain meminta pemaju melantik Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung cara tepat mengatasi masalah ini,” katanya ketika ditemui.


Menurut Asmawi, sebagai langkah berjaga-jaga, jalan terbabit ditutup untuk laluan orang ramai kecuali bagi penduduk perumahan berhampiran.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan berusaha mendapatkan persetujuan daripada pemilik banglo berkenaan untuk membenarkan pagar mereka diroboh bagi membolehkan laluan sementara dibina.


“Sepanjang kerja baik pulih berjalan, bekalan air juga akan ditutup, namun Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sudah pun bersetuju untuk menyediakan lori tangki bagi penduduk yang tidak berpindah,” katanya

sumber : mymetro

No comments: