Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 30 March 2012

Sampel cecair, kain dianalisis

SERDANG – Polis menghantar sampel cecair dan cebisan pakaian dua mangsa simbahan asid ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, tindakan itu perlu untuk pihaknya menentukan jenis cecair yang menyebabkan dua mangsa wanita mengalami kecederaan dalam kejadian di sebuah hentian bas di Batu 16, Rawang, Selasa lalu.

“Sampel cecair dan cebi­­san­ pakaian mangsa sudah dihantar dan kita sedang menunggu keputusan daripada Jabatan Kimia,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Vertical Policing di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara 6 di sini, semalam.

Mangsa, S Rani, 46, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Selayang, akibat melecur di muka, badan, tangan dan paha.

Seorang lagi mangsa, Nuraqilah Osman, pelajar tingkatan dua, melecur di belakang badan selepas turut terkena cecair dipercayai asid yang disimbah oleh dua lelaki.

Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menunggu bas, kira-kira jam 7 pagi, sebelum dua lelaki yang berada di situ bertindak menyimbah asid ketika meragut rantai leher milik Rani.

Tun Hisan menegaskan kejadian itu tiada kaitan dengan beberapa kejadian simbah asid di negeri ini dan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, tindakan lelaki itu yang menyimbah asid kepada mangsa bukan taktik baru penjenayah untuk melakukan samun.

“Semua penjenayah boleh bertindak kejam. Mereka akan buat apa sahaja untuk melakukan jenayah,” katanya.

Tun Hisan berkata, dua penjenayah itu sedang diburu dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

sumber : sinarharian

No comments: