Partime Job

Friday 30 March 2012

Amuk ala samurai, penganggur didenda RM4,000

KOTA BHARU – Angkara amuk menggunakan pedang, seorang penganggur dikenakan denda RM4,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor terhadap Mohd Hafizi Mat Hussein, 26, dari Kampung Setek, Kok Lanas, Ketereh di sini.

Tertuduh didapati bersalah mengugut bapa kandungnya, Mat Hussein Che Mat, 62, dengan niat menyebabkan ketakutan yang akan mendatangkan kematian kepada warga emas tersebut dalam kejadian itu.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan pada jam 10 pagi, 25 Mac lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh tiba-tiba berang dengan mengamuk sambil mengacukan pedang ke arah pengadu selepas hasratnya untuk menjual rim tayar dihalang bapanya itu.

Pengadu yang ketakutan dan bimbang dicederakan bertindak membuat laporan polis yang membawa kepada penahan tertuduh sejurus kejadian.

Siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah yang boleh menyebabkan kematian.

Susulan pengakuan itu, hukuman denda berkenaan diputuskan.

Kes dikendalikan Pendakwa Raya, Cif Inspektor Saiful Nizam Misbah.

sumber : sinarharian

No comments: