Partime Job

Tuesday 27 March 2012

Saksi ‘besar’ inkues pemandu teksi

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman antara saksi yang bakal dipanggil memberi keterangan dalam prosiding inkues kes kematian pemandu teksi, Baharudin Ahmad, 60.

Mereka antara 16 cadangan saksi dikemukakan peguam mewakili keluarga Baharudin termasuk pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang turut membantu ketika bedah siasat ke atas Baharudin dijalankan iaitu Dr Ferwahn Fairis Ab Karim.


Turut dipanggil, doktor dikenali sebagai Dr Sara yang memberi arahan untuk membawa Baharudin ke HKL selepas lelaki itu dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian iaitu pusat beli-belah Avenue K, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh dan Ahmad Ishrakh Saad akan bersambung 3 April depan.

sumber : mymetro

No comments: