Partime Job

Tuesday, 27 March 2012

Dijel 3 tahun ugut bapa

KOTA BHARU: Akibat mengugut bapa sendiri dan tiada kad pengenalan ketika ditahan, minggu lalu, seorang penganggur dipenjara tiga tahun di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Fazaly Ali Mohd Ghazaly menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Haswandi Mat Reduan, 27, mengaku bersalah. terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Mac lalu.

Mohd Haswandi didakwa mengugut Mat Reduan Ab Kadir, 48, dengan niat menyebabkan ketakutan yang boleh mendatangkan kematian di Lot 836 sebelah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, di sini, pada jam 9 malam, 18 Mac 2012.


Dia didakwa mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.


Selain itu, Mohd Haswandi mengaku bersalah tuduhan gagal mengemukakan kad pengenalan kepada pegawai polis ketika ditahan untuk pemeriksaan pada masa dan tempat sama.

Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Peraturan 25(1)(a), Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000, jika sabit kesalahan.


Berdasarkan fakta kes, tertuduh tiba-tiba mengamuk dengan memarahi dan memecahkan barangan rumah serta mengugut ayahnya mahu memukul adik-beradiknya sehingga mati.

sumber : mymetro

No comments: