Thursday, 15 March 2012
Rumah hangus sekelip mata
TAMAN SRI ANDALAS - Tidak sampai 10 minit sebuah kediaman milik seorang peniaga hangus dalam kebakaran di Jalan Seri Banang 11, di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Zulkepeli Othman berkata, mangsa, Hafsyah Zulkamaruddin yang menyewa kediaman itu dikatakan tiada di kediaman kerana ke pasaraya berdekatan bagi membeli barangan keperluan perniagaannya ketika kejadian.
Menurutnya, Hafsyah hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan jiran terdekat yang menghubunginya.
“Seorang jiran berdekatan memaklumkan, dia menyedari kebakaran itu apabila ternampak asap tebal daripada ruang bawah rumah teres dua tingkat itu dan segera memaklumkan kepada bomba.
“Pihaknya tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian sejurus menerima maklumat kejadian jam 9.17 pagi berkenaan,” katanya.
Menurutnya, kebakaran dipercayai bermula di tingkat bawah (ruang tamu) dan ia kemudiannya merebak ke tingkat atas kediaman.
“Kejadian berlaku pantas dan anggota kita berusaha menghalang api daripada merebak ke kediaman berdekatan.
“Kurang setengah jam api berjaya dikawal, namun boleh dikatakan keseluruhan kediaman musnah dan rosak teruk akibat terbakar,” katanya.
Beliau berkata, dalam kejadian itu tiada mangsa dilaporkan cedera manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Operasi memadamkan kebakaran diketuai Pegawai Operasi, Masdar Suminggu dengan bantuan 11 anggota termasuk dari Balai Andalas dan Balai Kota Raja
sumber : sinarharian
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment