Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 2 March 2012

Putrajaya, Bangi bergelap 2 jam


PUTRAJAYA 1 Mac - Kira-kira 10,000 penduduk di sini dan Bandar Baru Bangi terpaksa bergelap selama hampir dua jam apabila bekalan elektrik di kawasan kediaman mereka terputus bermula pukul 9.15 malam tadi.

Bekalan itu terputus dipercayai berpunca daripada kebakaran transformer di sebuah stesen pencawang kecil Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bandar Baru Bangi yang membekalkan elektrik di kedua-dua kawasan itu.

Antara kawasan yang terjejas adalah kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sri Satria.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments: