Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 2 March 2012

Padang Terbiar rugikan Belia


KUALA LANGAT 1 Mac - Uzur dan terbiar adalah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan keadaan padang bola, padang futsal dan padang serba guna di Kampung Bandar di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ketiga-tiga padang itu sudah 'dipanjat' lumut dan lalang selain banyak kemudahan fizikalnya rosak dan tidak sesuai digunakan lagi.

Apa yang menjadi persoalan, mengapa pihak berwajib membiarkan keadaan itu berlaku dan kemudahan yang sepatutnya dapat dinikmati oleh golongan belia di daerah ini tidak dijaga dan diselenggarakan dengan baik.

Pengerusi Kelab Belia Warisan Kampung Bandar, Hasyim Hanafiah, 45, berkata, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri di kampung terbabit seolah-olah tidak mengambil tahu keadaan ketiga-tiga padang yang sepatutnya boleh digunakan oleh golongan belia untuk beriadah.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments: