Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 2 March 2012

Berbalah Rebut Pesaka

GEORGETOWN: Angkara perbuatan khianat dan salah faham, seorang pengurus restoran nasi kandar kerugian lebih RM12,000 apabila kenderaan pacuan empat roda miliknya terbakar selepas dilontar bahan letupan dipercayai mercun dan disimbah petrol dalam satu kejadian di Lebuh Chulia, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 3 pagi ketika mangsa, Abdul Wahab Mohamed Hanifa, 48, meletakkan Toyota Hilux di tempat letak kereta 30 meter dari restorannya dan ketika kejadian, dia berada di rumahnya yang terletak 300 meter dari lokasi kejadian.


Abdul Wahab berkata, dia menerima panggilan daripada pekerjanya sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan ketika sampai, anggota bomba sedang memadamkan kenderaannya yang terbakar.

Katanya, keadaan dalam kenderaannya rosak teruk terutama tempat duduk belakang dan cermin bahagian belakang pecah.


“Saya terkejut dengan kejadian ini dan percaya ia membabitkan masalah pertelingkahan antara kami adik-beradik.


“Saya kini bimbang mengenai keselamatan ahli keluarga serta pekerja restoran,” katanya.

Abdul Wahab membuat laporan di Balai Polis Central. dan berharap polis dapat menjalankan siasatan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian dan mengesyaki ia berpunca daripada pertelingkahan mengenai harta pusaka milik keluarga.

Gan berkata, melalui rakan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, sebuah kereta dilihat berada berhampiran kenderaan mangsa dan disyaki terbabit dalam kejadian itu.


Katanya, hasil pemeriksaan terhadap nombor pendaftaran kereta yang disyaki mendapati ia atas nama seorang wanita dari Kuala Kangsar, Perak manakala hasil semakan alamat, kawasan berkenaan sudah dirobohkan pihak berkuasa tempatan.


Sumber : Harian Metro

No comments: