Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 2 March 2012

9 Kedai musnah dlm kebakaran

KOTA BHARU 1 Mac - Sembilan unit rumah kedai dua tingkat di Jalan Wakaf Che Yeh dekat sini, musnah dalam satu kebakaran petang ini.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6 petang itu memusnahkan stor menyimpan barangan runcit, bengkel kenderaan, kedai tayar dan makanan yang dimiliki oleh lima peniaga.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.05 petang.

Menurut beliau, operasi memadamkan kebakaran itu diketuai Pengarah Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman bersama 30 anggota dari Balai Bomba Darul Naim, Pengkalan Chepa dan Unit Penyelamat Tunjong, dekat sini serta bomba sukarela bersama lima buah jentera serta sebuah lori tangki air.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments: