Partime Job

Sunday, 11 March 2012

Program Hospital Angkat Permata

JOHOR BAHRU: Lebih enam hospital swasta di seluruh negara bakal menjalin kerjasama dengan Permata dalam usaha menjaga keperluan kesihatan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah program itu.

Penaung Program Permata, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, kerjasama di bawah program Hospital Angkat itu berkonsepkan tanggungjawab sosial.


“Ia bertujuan memberi peluang kepada hospital swasta turut sama terbabit dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak di bawah program Permata.

“Hospital setuju bekerjasama akan mengambil sekurang-kurangnya sebuah pusat Permata sebagai pusat angkat dan menjadikan kanak-kanak di pusat itu sebagai anak angkat,” katanya selepas melancarkan Ekspo Permata 2012 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

sumber : mymetro

No comments: