Partime Job

Sunday, 11 March 2012

PM : Tunggu saya umum

PASIR GUDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menentukan kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam parti dan kabinet pada masa sesuai.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, di sini, semalam.


“Tunggulah pengumuman pada masa sesuai,” katanya yang enggan mengulas lanjut kedudukan Ketua Wanita Umno itu.

Menurutnya, BN terutama Umno mengiktiraf sumbangan wanita yang memainkan peranan penting dalam perjuangan parti berikutan sikap taat, rajin dan berdisiplin, sekali gus menjadi tunjang kekuatan Umno.


Katanya, Wanita Umno perlu bersatu dan tidak berpecah bagi membantu BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.


“Saya bukan mahu memuji atau mengangkat mereka, tetapi itulah hakikatnya kerana mereka penting sebagai tunjang Umno,” katanya.

sumber : mymetro

No comments: