Partime Job

Thursday 22 March 2012

Polis patahkan cubaan pecah rumah

PETALING JAYA – Bagaikan adegan dalam filem, seorang penjenayah sempat meloloskan diri selepas dikejar oleh beberapa MPV polis bermula dari Kota Damansara hingga ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang.

Dalam kejadian malam kelmarin, suspek yang kelihatan mencurigakan memandu kereta bercermin gelap dilihat berlegar-legar di Dataran Surian dekat sini sebelum anggota polis yang melakukan rondaan mengarahkan suspek memberhentikan kereta untuk pemeriksaan.

Sumber polis berkata, suspek pada mulanya akur dengan arahan polis dan mahu memberhentikan keretanya dibahu jalan namun bertindak agresif secara tiba-tiba dengan melanggar kereta polis dan memecut laju.

Dalam cubaan melarikan diri, suspek bertindak nekad dengan melalui atas pembahagi jalan beberapa kali.

“MPV polis mengejar sejauh lebih 15 kilometer hingga ke kawasan Lembah Subang sebelum Proton Waja yang dipandu suspek terhenti selepas melanggar sebuah Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan,” katanya.

Suspek sempat melarikan diri dan hilang di kawasan rumah PPR dan pemeriksaan lanjut menemui sebilah parang panjang dan peralatan pecah rumah di dalam bonet kereta waja tersebut.

“Kereta yang digunakan suspek dilaporkan hilang di Tampin lima hari lalu selain turut menggunakan nombor pendaftaran sebuah Proton Perdana,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: