Partime Job

Thursday 22 March 2012

Kereta wartawan dipecah, wiper dibengkokkan


KAJANG – Cermin sisi sebelah kanan kereta wartawan Sinar Harian Skuad Kajang dipecahkan dipercayai dikhianat oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Taman Sutera dekat sini, semalam.

Mangsa, Tuan Nur Suhaila Raja Muhammad, 26, berkata, dia meletakkan kenderaan seperti biasa di kawasan antara blok Teratai D3 dan Teratai C3 Taman Sutera, Kajang selepas mendapat kepastian daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) bahawa kawasan tersebut dibenarkan untuk meletak kenderaan.

Menurutnya, sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang masalah meletakkan kenderaan di kawasan tersebut sehinggalah semalam mendapati cermin sisi sebelah kanan dipecahkan dan wiper dibengkokkan.

“Sebelum ini saya telah berhubung dengan pihak JMB dan mereka memastikan bahawa selagi kenderaan saya tidak menghalang dan mengambil petak letak kenderaan penghuni lain maka tidak menjadi masalah untuk meletak kenderaan.

“Sebelum ini pihak JMB menguatkuasakan hanya sebuah kenderaan dibenarkan memasuki kawasan perumahan namun bermula awal Mac lalu, kenderaan kedua turut diberikan pelekat kereta kedua dan dibenarkan memasuki kawasan apartmen,” katanya.

Tuan Nur Suhaila berkata, namun dia kecewa apabila berlaku kejadian sebegini walaupun kawasan perumahan ini dilengkapi dengan kawalan keselamatan.

“Sekiranya kenderaan saya mendatangkan kesulitan kepada penduduk, mereka boleh berhubung dengan saya secara terus mahupun maklumkan kepada pihak JMB dan bukan bertindak melulu sehingga melibatkan kerugian kepada saya.

“Sebelum ini ada pihak mengugut untuk towing kereta saya malah menghubungi pejabat saya dan tindakan ini mengganggu prestasi kerja saya,” katanya.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

sumber : sinarharian

No comments: