Partime Job

Tuesday, 13 March 2012

Polis Greece tahan kanak-kanak jual bayi

THESSALONIKI: Polis Greece menahan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bersama tiga saudaranya selepas menjual bayi berusia 10 minggu pada harga (uero) 12,5000 (RM49,598.12) dengan berpura-pura sebagai keluarga angkat.

Polis berkata, kanak-kanak perempuan itu, emak saudaranya berusia 44 tahun dan ibu bapa emak saudaranya berusia 65 dan 71 tahun, ditahan atas tuduhan anak angkat secara haram.

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu dijangka dibebaskan selepas disoal siasat pendakwaraya.
Kejadian berlaku di Xrysoupoli, bandar kira-kira 700 kilometer timur laut Athens selepas polis bertindak atas maklumat awam dan menggunakan duit kertas yang ditanda bagi tujuan urusniaga. - AP

No comments: