Partime Job

Tuesday, 13 March 2012

Ella berahsia pasal kahwin



TEKA-TEKI tarikh perkahwinan dan jejaka bertuah yang berjaya memikat hati ratu rock Ella terus menjadi tanda tanya setelah penyanyi itu dikesan mengikuti kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac lalu.

Bagaimanapun, Ella atau Norzila Aminuddin terus mengunci mulut tanpa mahu berbicara langsung soal perkahwinan. Usaha menjejaki penyanyi rock wanita ini gagal dan tatkala dirisik kepada pengarah jenamanya, Badrul Hashim menegaskan, sekalipun Ella menghadiri kursus kahwin sebagai persediaan, tidak bermakna dia bakal berkahwin dalam tempoh terdekat.

Kemunculan Ella menjayakan HotFM Big Jam di Dataran Syahbandar,Kuala Terengganu bagaimemberi sedikit sinar harapan.
Siapa tahu penyanyi berusia 46 tahun itu sedia membuka mulut seterusnya berkongsi saat gembira bakal disatukan dengan jejaka bernama A yang dikatakan seorang juruterbang.

Namun, harapan itu sekali lagi hampa apabila kakak kepada penyanyi Korie itu bertindak melarikan diri daripada media. Menurutnya, dia bersedia menja-wab soalan media, tetapi hanya berkaitan dengan konsert dan kerjaya, tetapi enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai hal peribadi.

“Pasal konsert boleh, tetapi mengenai kahwin saya tidak mahu cakap. Saya tidak mahu kenyataan saya nanti disalah tafsirkan,” kata penyanyi itu kepada media yang mendekati.

Ditanya kesahihan berita menghadiri kursus kahwin seperti yang tersebar luas di laman blog, penyanyi itu menegaskan terpulang kepada orang ramai dan peminat untuk mempercayainya atau tidak.
Kata Ella, dia enggan berkongsi bukan disebabkan bimbang perancangan untuk berkahwin tidak menjadi seperti pengalaman silam yang pernah ditempuhi.

Sebaliknya hanya bersedia untuk berkongsi dengan media dan peminat apabila tiba waktunya nanti.

Bagaimanapun, siapakah jejaka bernama A sebenarnya masih lagi menjadi tanda tanya. Ada yang mendakwa A yang dimaksudkan adalah jejaka Cina Muslim bernama Abdul Rahman yang bertugas sebagai juruterbang.

Tetapi ada juga mengatakan boleh jadi A yang dikatakan adalah Amir yang pernah menjadi pemuziknya satu ketika dulu.

sumber : bharian

No comments: