Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Pertandingan menumbuk emping


SULTAN Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah melakukan demonstrasi mengemping padi sempena Temasya Rakyat di Padang Astaka Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu, baru-baru ini. - utusan/FAUZI MOHD

HULU TERENGGANU 19 Mac - Menumbuk emping iaitu sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada padi muda, lazimnya dilakukan secara berkumpulan oleh anggota masyarakat.

Ia sebagai tanda kesyukuran golongan pesawah pada musim menuai dan kegembiraan ini dikongsi bersama penduduk setempat.

Acara mengemping akan lebih seronok bila ia dilakukan beramai-ramai dan bunyi bertingkah alu lesung kayu itu menerbitkan irama tersendiri yang kedengaran dari jauh dan meriuhkan suasana.

Emping yang seumpama 'oat' itu boleh disediakan dengan pelbagai cara seperti dalam bentuk makanan ringan, makanan bayi dan juga kuih-muih untuk hidangan tetamu pelbagai peringkat usia.

sumber : utusan

No comments: