Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Jambatan baru Sungai Marang

MARANG 19 Mac - Sebuah jambatan baru sepanjang 400 meter bernilai kira-kira RM80 juta bakal dibina di Sungai Marang bagi menampung keperluan yang semakin mendesak.

Pegawai Daerahnya, Abdul Rahman Che Ali berkata, permohonan untuk pembinaan projek berhampiran pusat bandar itu telah dibuat di bawah projek Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Menurutnya, jambatan empat lorong itu bagi menggantikan jambatan sedia ada akan dibangunkan dengan ketinggian kira-kira lapan meter bagi membolehkan bot-bot besar melalui sungai berkenaan.

"Ia merupakan sebahagian daripada rancangan kita dalam usaha untuk menaik taraf jambatan yang terdapat di Sungai Marang ini dan mengatasi kesesakan lalu lintas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyembahkan taklimat pembangunan daerah Marang kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena lawatan baginda ke pejabat daerah itu di sini hari ini.

sumber : utusan

No comments: