Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Pertahan tanah rizab Melayu - Sultan Selangor


SULTAN SHARAFUDDIN (kanan) memeriksa barisan kehormat pada perasmian pembukaan Sidang DUN Selangor ke-12 di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan baginda tidak mahu mana-mana pihak cuba memindahkan tanah rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan Melayu di negeri ini.

Titah baginda, sebarang keputusan melibatkan tanah rizab Melayu harus mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah ditetapkan.

"Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan tanah rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu.

"Beta percaya Datuk Menteri Besar, kerajaan negeri Selangor dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab Melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 di sini semalam.

sumber : kosmo

No comments: