Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 20 March 2012

Pemuda mati ngeri


BEGINILAH keadaan kereta dan bas yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Teyaho maut di Port Dickson kelmarin.

SEREMBAN - Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia tersepit hingga mengakibatkan kepala dan badannya cedera parah selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas di Batu 5, Jalan Mambau-Port Dickson dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.40 petang itu berlaku apabila kereta jenis Proton Iswara yang dipandu P. Teyaho, 45, terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas yang membawa 25 penumpang tersebut.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan ke Port Dickson.

"Ekoran pertembungan itu, mangsa yang bekerja sendiri itu tersepit dalam keretanya yang remuk lalu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Dua penumpang bas pula cedera ringan manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya

sumber : kosmo

No comments: