Thursday, 15 March 2012
Perodua bantu mangsa banjir
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan bantuan kepada semua pemilik kereta Perodua yang terjejas oleh banjir baru-baru ini.
Dalam satu kenyataannya, Perodua berkata, bantuan itu merupakan perkhidmatan tunda, diskaun bagi alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk menentukan tahap kerosakan pada kenderaan.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid berkata, Perodua akan menawarkan perkhidmatan tunda percuma hingga maksimum RM100 ke 16 cawangan pusat servis Perodua dalam kawasan Kuala Lumpur.
“Perodua juga menawarkan potongan harga 20 peratus ke atas alat ganti, termasuk barangan elektronik, karpet, tempat duduk kereta, kemasan pintu dan gasket rombak rawat enjin,” katanya.
sumber : sinarharian
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment