Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 21 March 2012

Pengikut Twitter PM 500,000, Facebook 1 juta

KUALA LUMPUR: Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500,000 dan sejuta malam tadi.

Perdana Menteri dalam Tweetnya pada jam 10.30 malam tadi melahirkan rasa terharu atas sokongan diberikan dan mengucapkan terima kasih kepada pengikut beliau.


“Terharu lihat pengikut Twitter hampir 500 ribu. Facebook pula sudah dekat satu juta. Terima kasih kepada semua pengikut saya,” katanya.

Beliau turut meminta pandangan rakyat untuk meraikan pengikutnya yang ke 500,000 dan sejuta.

Ketika berita ini ditulis (11.35 malam), pengikut Najib di Twitter, 498,527 orang, manakala rakan Facebook 977,282 orang. – BERNAMA

No comments: