Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Kerajaan serah kepada MyCC siasat perjanjian MAS, AirAsia

GOMBAK: Kerajaan memberi kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk menyiasat perjanjian pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia serta tidak akan sama sekali campur tangan dalam siasatan itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, MyCC adalah badan bebas, justeru, mana-mana pihak termasuk kerajaan tidak boleh mendesak suruhanjaya itu untuk mempercepatkan siasatan seperti yang digesa sesetengah pihak.

Penyiasatan mengenai MAS dan AirAsia memerlukan penelitian mendalam dan saya tidak boleh mengarah mereka (MyCC) mempercepatkannya.

“Bagaimanapun, saya menasihatkan MyCC supaya mengambil kira pandangan orang ramai dalam membuat keputusan mengenai kerjasama itu kerana isu ini membabitkan kepentingan umum termasuk pekerja MAS yang dilaporkan tidak bersetuju serta pengguna yang bimbang ia akan mewujudkan salah guna monopoli termasuk kenaikan tambang penerbangan,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di sini, semalam.

Kelmarin, beberapa Ahli Parlimen meminta kerajaan campur tangan dalam kerjasama antara MAS dan AirAsia kerana ia didakwa hanya merugikan MAS.

sumber : bharian

No comments: