SUBANG JAYA: Seorang pengedar akhbar bukan saja kehilangan wang tunai RM18,000, malah turut dibelasah empat lelaki hingga cedera parah dan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta selepas terbabit dalam pergaduhan di Jalan Wawasan 4, Puchong, di sini, kelmarin.
Mangsa, P Ramasamy, 48, berkata, dia berjalan ke tempat letak kereta di lokasi kejadian dan ketika mahu membuka pintu kereta, seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 menyapanya sebelum memberhenti kenderaan di sebelahnya.
“Lelaki itu membuka topi keledar sebelum tiga lagi rakannya tiba dan terus memukul saya menggunakan tangan serta topi keledar.
“Tanpa sempat berbuat apa-apa, mereka terus memukul saya hingga terjatuh. Saya terpaksa bergelut dengan empat lelaki itu yang mahu merampas beg pinggang saya yang mengandungi wang tunai RM18,000,” katanya di sini, semalam.
Sumber : MyMetro

No comments:
Post a Comment