Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 19 March 2012

Pengasas Red Bull meninggal dunia


BANGKOK – Pengasas bersama minuman tenaga Red Bull, Chaleo Yoovidhya (gambar) meninggal dunia pada umur 89 tahun, kelmarin.

Menurut laporan televisyen kerajaan, MCOT, jutawan itu meninggal dunia akibat sakit tua.

Chaloe mempunyai kekayaan AS$5 bilion (RM15.2 bilion) disenarai sebagai orang kedua terkaya di Thailand tahun lalu oleh majalah Forbes dan pernah menjadi orang ke-205 terkaya di dunia tahun ini.

Chaloe memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dengan syarikat TC Pharmaceuticals pada 1960 yang memformulasikan prototaip minuman tenaga yang dipanggil Krathing Daeng atau Red Bull, sebelum mendapat sambutan serata dunia apabila mendapat bantuan usahawan Austria, Dietrich Mateschitz.

sumber : sinarharian

No comments: