Partime Job

Monday 19 March 2012

Pengantin kene tetak

PORT DICKSON: Suasana meriah sebuah keluarga yang membuat persiapan majlis perkahwinan di Kampung Kuala Lukut, di sini, kelmarin, bertukar huru-hara apabila diserang dua penjenayah bersenjatakan parang yang menyamun barang kemas serta menetak tiga individu termasuk pengantin lelaki.

Kejadian ngeri kira-kira jam 6 pagi itu mengakibatkan pengantin lelaki, M Ruben, 29, bersama abang dan adik perempuannya berusia 20 dan 30-an cedera parah manakala rantai leher ibu mereka berharga kira-kira RM40,000 dilarikan.
Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa dan keluarganya sedang membuat persiapan upacara perkahwinan sebelum rumah mereka diceroboh dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Menurutnya, kedua-dua suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengantin lelaki sebelum cuba dihalang abang serta adik perempuannya yang turut berada di lokasi kejadian.


“Penjenayah itu seterusnya nekad menetak pengantin lelaki hingga cedera di kedua-dua tangan, kaki dan perut manakala abang serta adik perempuannya cedera di bahu kanan juga akibat ditetak,” katanya di sini, kelmarin.

sumber : mymetro

No comments: