Partime Job

Monday 19 March 2012

Jaring perkenal perkhidmatan DDoS Armour

KUALA LUMPUR: JARING Communications Sdn Bhd telah memperkenalkan satu perkhidmatan yang dinamakan "JARING DDoS Armour" yang memantau, mengesan dan secara automatik mengurangkan sebarang serangan DDoS terhadap jaringan para pelanggan.

Ia kini menawarkan kepada para pelanggan korporat JARING yang kini menggunakan Akses Internet Dedikasi, Pusat Data Internet dan atau OneCloud atau perkhidmatan Pengkomputeran Awan.
"Perkhidmatan JARING DDoS Armour diuruskan sepenuhnya oleh pasukan teknikal yang sangat berpengalaman di JARING, jadi tidak melibatkan kos pebelanjaan modal yang mahal bagi pelaksanaan perlindungan segera itu terhadap ancaman yang berpotensi kepada perniagaan dan rangkaian para pelanggan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Nik Abdul Aziz Nik Yaacob dalam satu kenyataan hari ini.

DDoS atau "Distributed-Denial-of-Service" merujuk kepada serangan atau cubaan untuk menaikkan lebih muatan dan melimpahkan komputer/rangkaian ke tahap menghilangkan perkhidmatan, yang kadang kala bagi tempoh masa sementara atau ada kala sehingga satu tempoh masa yang tidak ditetapkan. - BERNAMA

No comments: