Partime Job

Thursday 22 March 2012

Penduduk buat laporan polis


IJOK – Tuduhan haji parasit dan cemuhan sekumpulan lelaki diikuti penyebaran surat layang berbaur fitnah, mendorong penduduk, Borhan Abd Jalil, 60, membuat laporan polis di Balai Polis Bestari Jaya.

Borhan berkata, dia tidak menyangka detik cemuh sekumpulan lelaki secara tiba-tiba itu berpanjangan sehingga menerima surat layang mengandungi pelbagai fitnah dan ugutan sehingga memalukan mereka sekeluarga.

“Bukan saya seorang sahaja dikaitkan dalam perkara ini, tetapi tujuh lagi individu yang juga penduduk Ijok di sini dan saya agak kesal kerana mereka menuduh dengan gelaran haji parasit dan zalim.

“Saya juga kecewa kerana individu yang membuat tuduhan itu adalah penduduk kampung dan perkara ini berlaku selepas gotong-royong membersihkan bendera dan objek usang baru-baru ini.

“Mungkin disebabkan itu, ada pihak tidak berpuas hati sehingga perkara itu berlarutan sehingga munculnya surat layang bersetem diterima individu tertentu,” katanya

Enggan perkara buruk lebih teruk berlaku, lima penduduk dikaitkan nama mereka turut sama membuat laporan polis.

Seorang lagi penduduk, Samadi Sarbani, 65, yang turut membuat laporan polis itu berkata, surat layang yang berbaur ugutan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana memalukan individu yang dinyatakan termasuk keluarga mereka.

“Saya serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa supaya mereka dapat menyiasat dengan lebih teliti bagi membendung perkara lebih buruk berlaku,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: