Partime Job

Thursday 22 March 2012

Takut jejas keputusan PMR


SUNGAI SIPUT (U) - Akibat masalah penglihatan yang te­ruk, seorang pelajar tingkatan tiga di sini, sukar untuk belajar secara normal kerana tidak dapat melihat dengan baik.

Pelajar, L Sureakala, 15, mula mengalami masalah itu sejak berusia 9 tahun apabila mata kanannya didapati tidak dapat melihat dengan jelas.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia bertindak membuat pemeriksaan di Hospital Ipoh dan turut berjumpa pakar mata di Kuala Lumpur.

“Setelah berjumpa pakar mata, penyakit itu masih tidak dapat dirawat dan kini mata sebelah kiri pula mengalami masalah rabun. Keadaan ini membimbangkan saya kerana ba­kal men­duduki Pe­periksaan Me­nengah Rendah (PMR) tahun ini dan ditakuti menjejaskan keputusan peperiksaan itu,” katanya ketika dikunjungi Parti Gerakan di rumahnya di Taman Dovenby.

Bapanya, S Leksmanan, 41 berkata, selepas membuat pemeriksaan doktor memak­lumkan keadaan urat saraf mata anaknya tidak mengalami masalah tetapi kemungkinan disebabkan genetik.

Jelasnya, dia berasa hairan kerana di dalam keluarganya, tiada seorang pun mengalami masalah penglihatan mahupun rabun.

“Saya ingin membawa anak menjalani pembedahan mata di India tetapi kewangan tidak mencukupi memandangkan saya hanya be­­kerja sebagai pemandu teksi. Kos sebanyak RM 20, 000 diperlukan untuk pembedahan itu,” katanya.

Kepada yang ingin membantu, boleh berbuat demikian melalui akuan Public Bank 6070710611 atas nama Leksmanan.

sumber : sinarharian

No comments: