Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 20 March 2012

Pemegang polisi insurans meningkat di Kelantan

KOTA BHARU -- Pemegang polisi insurans AmLife Insurans di Kelantan menunjukkan peningkatan ketara berbanding 10 tahun yang lepas, berikutan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya memuiliki polisi insurans.

Penolong Pengurus Agensi AmLife Insurans Kelantan Zainab Hassan berkata 6,000 pemegang polisi yang bernaung di bawah syarikat itu direkodkan pada tahun lepas berbanding kira-kira 1,000 orang 10 tahun lepas.

"Kita juga mencatatkan pungutan pembaharuan polisi RM37 juta pada tahun lepas," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 di sini, hari ini, selepas menyerahkan wang pampasan kepada seorang guru, Rahimabivi Omar Hathab yang kematian suaminya pada tahun lalu.

Rahimabivi menerima wang pampasan RM70,000 selepas suaminya, Othman Husain, meninggal dunia akibat kencing manis, ketika berumur 46 tahun.

Othman mula menjadi pemegang polisi AmLife Insurans pada 1999 dan mempunyai tujuh orang anak, yang berusia antara 13 dan 23 tahun.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pengurus Ahmad Ismail Agensi (D09), Fitriman Mohd Zain dan perunding insurans, Rohaya Hassan. Zainab berkata, kesedaran orang ramai mengenai kepentingan memiliki insurans peribadi menyumbang kepada peningkatan pemegang polisi di negeri ini.

"Dahulu, semua orang fikir membeli insurans tidak berfaedah kerana hanya melabur tanpa mendapat sebarang manfaat, namun, persepsi itu telah berubah dan ramai yang telah menjadi pemegang polisi insurans.

"Ia adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang bagus kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan menjadi pemegang polisi," katanya. -- Bernama

No comments: