Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 20 March 2012

Donald Lim: Individu atau syarikat yang bantu sekolah dan rumah ibadat bakal dapat potongan cukai

KUALA LUMPUR -- Kerajaan bersetuju untuk memberikan potongan cukai kepada syarikat dan orang perseorangan yang memberikan sumbangan tunai kepada institusi pendidikan rendah dan menengah termasuk sekolah, yang tidak berorientasikan keuntungan serta tempat ibadat yang berdaftar.

Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim Siang Chai berkata potongan cukai yang diberikan kepada individu adalah sebanyak 7.0 peratus, manakala bagi syarikat, potongan cukai yang akan diberi adalah sebanyak 10 peratus.

Bagi melaksanakan keputusan itu pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 sedang dilaksanakan, katanya.

"Sementara menunggu pindaan perundangan dikuatkuasakan, mereka yang ingin mendapatkan potongan cukai kini bolehlah mengemukakan permohonan terus kepada Kementerian Kewangan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut Donald, pelaksanaan pemotongan cukai itu dijangka hanya dilakukan pada tahun depan. Bagi melayakkan individu atau syarikat mendapatkan potongan cukai itu, katanya kesemua sumbangan hendaklah dalam bentuk tunai dan setiap permohonan mestilah disertakan dengan dokumen lengkap termasuk resit yang disahkan oleh sekolah atau rumah ibadat terbabit.

Potongan cukai bagi sumbangan tunai kepada sekolah dan tempat ibadat di bawah seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2012. -- Bernama

No comments: