Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Pelajar Mara selamat dalam kejadian mini tornado

PORT DICKSON - Kesemua 26 orang pelajar tajaan Mara selamat berikutan kejadian puting beliong kecil yang melanda Townsville,
Queensland, Australia semalam.

Menyatakan demikian, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pelajar perubatan itu menuntut di James Cook
University.

"Saya berharap kepada ibu bapa pelajar terbabit supaya jangan bimbang sangat. Pegawai kita (Mara) dengan kerjasama kedutaan kita di situ sentiasa
mempastikan supaya yang penting kepada kita ialah keselamatan pelajar berkenaan.

"Kalau perlu mereka dibawa balik ke Malaysia, kita akan usahakan. Tapi saya rasa keadaan yang berlaku di situ masih dalam keadaan terkawal," katanya kepada
pemberita ketika diminta mengulas kejadian itu.

Beliau ditemui pada program mesra rakyat bersama komuniti usahawan Mara Negeri Sembilan di Arked Mara Port Dickson di sini, hari ini.

Mohd Shafie berharap sama ada pegawai Mara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau pun Wisma Putra agar sentiasa bersiap siaga menjaga keselamatan dan
kebajikan pelajar Malaysia di luar negara terutama ketika berlaku bencana alam dan sebagainya.

Difahamkan kesemua pelajar itu tinggal di luar kampus tetapi berhampiran universiti berkenaan. - Bernama

No comments: