Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Suspek bunuh isteri dihantar ke hospital mental jalani ujian psikologi

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang disyaki menikam isterinya sehingga mati di Pangsapuri Permai, Sungai Besi, Jumaat lepas akan dihantar ke hospital mental untuk menjalani ujian psikologi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata siasatan awal polis mendapati lelaki yang direman sehingga Jumaat ini, mempunyai sedikit gangguan mental.

"Kami akan rujuk suspek ini ke hospital mental berdekatan bagi menjalani ujian kesihatan mental. Kami mahu dapatkan maklum balas tentang kesihatan mentalnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mohmad Salleh berkata siasatan polis juga mendapati suspek berumur 42 tahun itu bukan berada di bawah pengaruh dadah.

Dalam kejadian pada pukul 6.41 petang itu, wanita berusia 28 tahun dan hamil lapan minggu ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, suami mangsa berada berhampiran tubuh isterinya yang sudah tidak bernyawa dan polis menemui sebilah pisau di sebuah bilik di pangsapuri itu yang dipercayai diguna untuk menikam mangsa.

Polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada perselisihan faham suami isteri. - Bernama

No comments: